Di Alam Semulajadi
Di alam liar arowana
berpasangan berdasarkan pilihan semulajadi. Mereka memperuntukkan tempoh
berdua-duaan selama berminggu-minggu hingga berbulan-bulan. Apabila
kedua-duanya telah bersedia, arowana betina mulai bertelur di dasar sungai
berarus tenang, manakala arowana jantan serta-merta akan mengeluarkan spermanya
bagi mensenyawakan kesemua telur-telur arowana betina. Telur-telur yang telah
disenyawakan, kemudiannya akan disodok oleh arowana jantan dan seterusnya akan
menetas di dalam mulut dalam tempoh 2 bulan. Buat pertamakalinya untuk
sementara waktu, anak-anak arowana mulai keluar dari mulut bapanya secara
beransur-ansur. Bapa arowana akan berisyarat kepada anak-anaknya jika terdapat
sebarang petanda bahaya, jesteru anak-anak arowana akan kembali semula ke dalam
mulut sebagai perlindungan. Anak-anak arowana pasti meninggalkan bapanya
apabila telah berupaya berenang bebas.
Di Alam Pembiakan
Arowana lazimnya
dibiakkan di dalam kolam bumi (earthpond). Membiakkan arowana di dalam tangki
juga boleh dilaksanakan, tetapi prosesnya agak sukar. Di kolam pembiakan bumi,
10 ekor arowana matang (separuh jantan dan separuh betina) akan dilepaskan dan
kaedah ini melangsungkan pemilihan pasangan secara semulajadi. Arowana-arowana
seterusnya diawasi dengan teliti dari jarak yang dapat dilihat. Apabila
sepasangan arowana telah terbentuk, pasangan itu akan mengusir arowana-arowana
lain dan mulai bertelur. Jaring kemudiannya akan ditempatkan bagi memisahkan
pasangan itu daripada yang lain. Setelah anak-anak arowana berupaya berenang
bebas, mereka akan ditangkap dan ditempatkan ke dalam tangki pembesaran.
Kebanyakan pemelihara
ikan akuarium tidak memiliki kolam bumi di rumah. Oleh sebab itu, saya akan
lebih menumpukan pembiakan arowana Asia di dalam tangki di seksyen seterusnya.
Jantina Arowana Asia
Adalah sukar untuk
menentukan jantina arowana. Lebih-lebih lagi, arowana-arowana yang masih muda.
Umumnya, warna sesisik arowana jantan dewasa tampak lebih garang manakala saiz
tubuhnya sedikit kecil berbanding arowana betina dewasa. Arowana jantan juga
memiliki rahang yang lebih lebar dan lebih dalam bagi memudahkan mereka membawa
telur-telur dan anak-anak arowana kelak. Arowana betina dewasa pada
perbandingannya bertubuh agak besar, manakala pada sektor pelepah antara sirip
dorsal, ekor dan sirip anal kelihatan agak kebulatan. Pengalaman luas amat
diperlukan dalam mengenalpasti jantina arowana Asia. Usah diperdulikan dahulu
arowana-arowana Asia yang masih muda. Sungguhpun demikian, apabila mereka mulai
membiak, sudah pasti anda akan dapat memastikan yang mana jantan dan yang mana
betina. Inilah yang dikatakan pengalaman.
Tempoh yang diperlukan
arowana Asia untuk matang adalah bergantung kepada keadaan mereka dipelihara.
Lebih khusus dalam keperluan dan penjagaannya, akan lebih cepat mereka mencapai
kematangan. Umumnya, arowana Asia betina mengambil tempoh selama 2-3 tahun,
manakala arowana jantan pula 4-5 tahun bagi mencapai kematangan.
Mencampurkan Arowana-Arowana Asia
Arowana-arowana Asia
adalah spesis ikan air tawar yang bersifat kewilayahan. Mereka tidak akan dapat
dielak daripada menyerang antara satu sama lain jika dipelihara 2 ekor
sekaligus. Walaubagaimanapun, sifat suka menyerang ini akan berkurangan, jika
bilangannya ditambah. Secara lazimnya, anda perlukan sekurang-kurangnya 6 ekor
arowana Asia matang jika berhajat untuk memeliharanya bersama-sama. Perkara ini
mungkin menjadi mustahil, memandangkan harga arowana Asia yang tinggi di
pasaran kini. Sekiranya modal adalah masalah utama, anda tentu ingin
menggantikan satu atau dua ekor dengan arowana Perak (Silver - Osteoglossum
bicirrhosum) atau arowana Hitam (Black - Osteoglossum ferreirai), tetapi cara
ini pasti menipiskan peluang anda untuk mendapatkan pasangan arowana Asia yang
sepadan. Perlu diingatkan, anda juga perlukan tangki yang cukup besar bagi
menampung 6 ekor arowana sekaligus. Lebih besar saiz sesebuah tangki itu,
adalah lebih baik. Saiz bagi tangki minima adalah berukuran 8'x 2'x 2' dengan
ketebalan kaca 12mm, tetapi ini bukanlah saiznya yang ideal.
Memadan & Membiakkan Arowana Asia
Terdapat dua cara untuk
anda membiakkan arowana-arowana anda. Pertama, adalah dengan mencampurkan
beberapa ekor arowana ke dalam tangki dan biarkan mereka memilih pasangan
mereka sendiri. Kedua, dengan memadankan sendiri 2 ekor arowana yang anda
fikirkan berlawanan jantinanya serta berharap pilihan anda itu tepat dan mereka
menyukai antara satu sama lain.
Kaedah Semulajadi:
Anda harus memiliki
simpanan baka yang munasabah untuk berjaya melaksanakannya. Sekurang-kurangnya,
6 ekor arowana matang diperlukan bagi proses ini dijayakan. Besarkan mereka
bersama-sama di dalam tangki sejak daripada kecil lagi. Ataupun, kesemua
arowana matang dilepaskan ke dalam tangki secara serentak. Dengan cara ini,
tidak seekorpun akan dapat menguasai atau membentuk wilayah lebih awal sesama
mereka.
Awasi mereka dengan
teliti. Jika sepasangan arowana terbentuk, arowana jantan akan berenang
berdekatan dengan arowana betina dan mulai mengusir arowana-arowana lain.
Pasangan itu cuba meluaskan wilayah mereka. Anda perlulah memindahkan
arowana-arowana lain daripada tangki di peringkat ini.
Berdua-duaan
Kelakuan berdua-duaan
mengambil tempoh selama 1 hingga 2 bulan. Sepanjang tempoh ini, mereka akan
berenang-renang berdekatan antara satu sama lain (sering berenang dalam bentuk
bulatan), berkejar-kejaran, menggigit ekor dan sesirip sesama sendiri serta
sering menyebabkan kecederaan pada tubuh juga. Arowana betina lazimnya menerima
kecederaan yang berpanjangan, terutama sekali pada sektor lapisan luar insang,
sirip anal dan sektor kelamin. Dipercayai di peringkat ini, arowana jantan cuba
merangsang rembesan arowana betina.
Lokasi bertelur
Selera makan mereka juga
akan turut menurun sedikit demi sedikit. Perut arowana betina mulai mengembung
dan dipenuhi telur-telur. Mereka akan memilih lokasi yang sesuai bagi
melepaskan telur-telur, lazimnya di kawasan kurang gangguan dan berarus tenang.
Adalah wajar sekiranya tangki ini dilindung (terutama sekali di bahagian tempat
bertelur) bagi mengelakkan kerencatan untuk bertelur, jika pasangan tersebut
ketakutan.
Bertelur
Mereka seterusnya akan
berenang seiringan dan bergeser-geseran tubuh antara satu sama lain. Namun
sekali sekala, mereka akan diam di satu-satu tempat. Setelah hampir ke
penghujungnya, pasangan ini akan menghentikan renangan lalu meneruskan aksi
bergeser-geseran tubuh. Dengan kekejangan otot secara tiba-tiba, arowana betina
melepaskan telur-telurnya dan serentak dengan itu pula, arowana jantan
mengeluarkan spermanya bagi menyuburkan telur-telur tersebut. Proses bertelur
biasanya berlaku pada tengahari, manakala bilangan telur yang dilepaskan adalah
dalam lingkungan 30-80 biji dan bergaris pusat sekitar 12-15mm. Arowana jantan
seterusnya akan menyodok telur-telur seberapa banyak yang mungkin dan
memeliharanya sehingga ke suatu tempoh. Manakala telur-telur yang tertinggal,
akan dimakan oleh arowana betina bagi mendapatkan semula zat.
Penetasan
Sepanjang tempoh untuk
menetas, arowana betina akan mengusir arowana jantan dan dipercayai, mengusir
keluar daripada lokasi bertelur untuk mencari lokasi baru bagi membesarkan
anak-anak arowana. Pengusiran ini boleh menyebabkan keganasan dan arowana
jantan dikhuatiri akan tertelan beberapa biji telur tanpa ia sedari. Jesteru,
adalah wajar sekiranya arowana betina dipindahkan dari tangki di peringkat ini.
Dengan suhu antara 26-30°
Selsius (79-86° Fahrenheit), kantung telur yang meloyot kekuningan di bahagian
luar perut anak-anak arowana akan mula terserap sepenuhnya dalam tempoh 60
hari. Buat pertamakalinya kelak, anak-anak arowana akan beransur-ansur keluar
dari mulut bapanya untuk sementara waktu waktu. Di peringkat ini, anda bolehlah
memberi makan anak-anak arowana dengan cacing merah (bloodworm) atau anak-anak
ikan gapi (baby guppies). Sila lihat Makanan
Arowana
Anak-anak arowana boleh
dipindahkan daripada tangki induk mereka, jika mereka dapat menerima makanan
yang diberi setelah beberapa hari kemudian. Pastikan air tangki baru diisi
separuh daripada air tangki induk mereka, manakala suhu dan komposisinya harus
sama dengan tangki induk mereka bagi mengelakkan kekejutan dan kematian.
Kenapa pelihara arowana?
Sebab ia mempunyai nilai komersil dan kenaikan harga adalah sangat tinggi bagi setiap inci saiz dibesarkan terutamanya bagi baka yang berkualiti dan bernilai tinggi. Jadi ia bukan sekadar hobi, bahkan memberi pulangan yang tinggi.
Bagaimana arowana boleh mendapat peningkatan harga yang tinggi?
Permintaan dunia terhadap species arowana terutamanya baka golden sangatlah tinggi, terutamanya dari negara seperti China. Malaysia merupakan pengeluar arowana baka golden terbesar dunia, dan sebahagian besar dari pengeluaran anak-anak arowana baka ini diekspot ke luar negara. Hanya sebahagian kecil sahaja dari anak-anak yang dikeluarkan oleh kolam-kolam pembiakan arowana di negara ini yang dijual untuk pasaran tempatan.
Pembeli-pembeli tempatan adalah terdiri dari penggemar-penggemar (hobbyist) dan "growers". "Growers" adalah mereka yang mengusahakan aktiviti membesarkan anak-anak arowana secara serius untuk dijadikan induk. Setelah matang, induk arowana ini dijual pula kepada pengusaha-pengusaha kolam pembiakan. Permintaan terhadap induk arowana yang matang adalah sangat tinggi kerana industri pembiakan arowana kini sedang berkembang pesat di negara kita. Pengusaha-pengusaha kolam giat mengembangkan perniagaan mereka kerana terdapat permintaan ekspot yang tinggi bagi anak-anak arowana yang dikeluarkan.
Banyak kolam-kolam baru dibuka dan orang ramai pula tidak teragak-agak melaburkan wang mereka di dalam industri ini untuk mendapatkan pulangan. Pembukaan kolam-kolam baru menyebabkan bertambahnya permintaan terhadap induk arowana matang dan ini secara langsung menjana perkembangan industri membesarkan anak-anak arowana oleh para "growers". Industri arowana kini sudah menjadi suatu kitaran perniagaan yang lengkap dan inilah yang menyebabkan industri ini berkembang pesat di negara kita.
Mengenali Bahagian-bahagian Utama Ikan Arowana
Jenis-jenis Baka Arowana Yang Paling Popular Di Malaysia
A. "Golden Series"
Malaysia Golden adalah baka arowana yang dikatakan berasal dari Semenanjung Malaysia dan pada suatu ketika dulu banyak terdapat secara liar di Sungai Kerian dan Tasik Bukit Merah. Bagaimana pun baka asal yang hidup secara liar sudah hampir pupus kerana ditangkap oleh penggemar-penggemar arowana, sebahagiannya dijual kepada penggemar-penggemar luar negara manakala sebahagian lagi masih terdapat di kolam-kolam peliharaan arowana seperti di sekitar Tasik Bukit Merah.
Arowana dari baka golden yang boleh didapati hari ini kebanyakannya bukannya merupakan baka Malaysia Golden (MG) tulen, sebaliknya telah dikacuk. Ia boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Golden Head
Arowana Golden Head sebenarnya bukanlah baka Malaysia Golden atau MG tulen. Malah ia adalah baka yang terhasil dari teknologi kacukan (hibrid) di antara baka MG dan baka arowana merah (red arowana). Begitu pun, arowana golden head ini adalah digolongkan dalam famili Golden series. Terdapat "gold ring" atau jalur berwarna emas yang berbentuk seperti cincin melitupi lingkaran luar sisik, yang merupakan kriteria utama MG. Pada arowana golden head, gold ring ini meliputi semua barisan sisik termasuk sisik di paras 6. Walau bagaimanapun, warna emas "gold ring" ini kurang pekat berbanding dengan MG (iaitu less intense). Di samping itu terdapat tompokan emas pada bahagian atas kepala (forehead) juga. Apabila cukup dewasa dan bila dibela di dalam akuarium dengan latarbelakang gelap, warna emasnya kelihatan pekat. Seperti juga MG, salah satu ciri Golden Head adalah kehadiran "chu" yang halus dan tersusun kemas di bawah sirip dorsal fin.
"Chu" atau juga dipanggil "pearlis" adalah merupakan sisik-sisik halus berwarna keemasan yang terdapat pada badan ikan di bahagian bawah sirip atas (dorsal fin). Kehadiran "Chu" adalah merupakan kriteria penting untuk mengkelaskan arowana dan membezakan MG dengan lain-lain baka seperti Golden High Back. Untuk melayakkan sesekor arowana dari baka gold dipanggil MG, ia mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebaris penuh "chu". Sekiranya ia hanya mempunyai beberapa keping 'chu' kasar, arowana ini hanya layak dipanggil Super Highback.
Arowana Golden Head yang berkualiti tinggi merupakan baka termahal
dalam species Malaysia Golden. Ia matang dan mula membiak selepas usia 3
tahun. Adalah dikatakan bahawa Arowana Golden Head dihasilkan melalui
proses kacukan (crossbreed) beberapa peringkat antara baka MG dengan
Blood Red oleh pengusaha-pengusaha arowana Singapura yang kemudiannya
mengkomersilkan baka ini.
Proses kacukan peringkat 1 antara MG dan Blood Red menghasilkan arowana 'Tong Yan'. Proses kacukan antara 'Tong Yan' dan MG yang berulangkali akhirnya menghasilkan baka Golden Head.
2. Cross Back
Baka kedua termahal dalam species arowana Malaysia adalah MG Crossback. Rupanya kelihatan seperti Golden Head dengan kehadiran chu yang halus dan tersusun rapi, tetapi kepala tidak mempunyai tompokan emas. Selain itu, satu lagi perbezaan antara Golden Head dan Crossback adalah warna emas "gold ring" pada Crossback adalah lebih pekat (very intense).
Sebenarnya baka Crossback juga bukannya merupakan baka MG tulen.
Ia juga terhasil melalui kacukan MG dan arowana merah. Juga matang dan
membiak selepas usia 3 tahun.
3. Malaysia Golden (MG)
Perbezaan antara MG biasa dan MG Cross Back adalah terlalu kecil, iaitu bagi MG warna emas tidak meliputi keseluruhan "ring" pada sisik baris ke-6 (barisan sisik atas belakang). Bila dilihat dari atas, kelihatan jalur berwarna hitam di sepanjang sisik atas belakang. Chu juga terdapat pada MG, seperti yang terdapat pada Cross Back dan Golden Head, malah chu merupakan kriteria utama bagi MG. Baka MG yang berkualiti tinggi mempunyai chu yang halus dan tersusun rapi, samaada 2 atau 3 baris.
Kriteria utama baka MG dapat diringkaskan seperti berikut:
i. Warna emas yang pekat pada gold ring
ii. Gold ring meliputi sisik di paras 5.5
(iaitu sehingga sebahagian dari sisik pada paras 6) apabila matang
iii. Chu yang halus pada bahagian badan di bawah sirip dorsal
iv. Chu yang halus juga terdapat pada pada bahagian bawah badan, di atas sirip "anal"
4. Golden High Back
Golden High Back adalah merupakan baka kacukan (hibrid) di antara pejantan MG dan induk Red Tail Golden (RTG) dari Indonesia. "Ring" berwarna emas terdapat pada pada sisik sehingga ke barisan ke 4 dan ke 5. Walau bagaimanapun, warna emas pada "ring"nya tidak begitu pekat, sebaliknya kelihatan ke arah warna perak. Baka ini kadang-kadang dipanggil High Back RTG (HBRTG).
Walau bagaimanapun, ada juga baka golden highback yang dihasilkan melalui proses kacukan antara MG dan baka-baka lain seperti banjar red. Proses kacukan ini selalunya melalui beberapa peringkat sebelum terhasilnya baka yang berkriteria seperti highback iaitu mempunyai "gold ring" iaitu jalur emas pada lilitan luar sisik.
5. Golden Super High Back
Dihasilkan dari kacukan MG dan Golden Highback. Kualiti baka ini akan bertambah baik sekiranya proses kacukan dilakukan berulangkali, iaitu anak Super HB dikacuk lagi dengan MG, dan begitulah seterusnya. Sekiranya proses kacukan ini diulang berkali-kali, anak Super HB yang terhasil berupaya mempunyai kriteria dan kualiti seperti mana MG, bahkan tak dapat dibezakan dari MG.
Panduan Kasar harga Pasaran: (kemaskini 28 Jun 2011)
Berikut adalah senarai harga arowana golden bagi pembelian pukal :
(Nota: harga di bawah hanyalah panduan kasar semata-mata, harga pasaran sebenar adalah bergantung kepada kualiti (gred) ikan dan berubah mengikut "bekalan dan permintaan" semasa)
1. Golden High Back
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM600-RM800
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM1,200-RM1,500
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM2,000-RM3,000
2. Golden Super High Back
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM1,200-RM1,500
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM2,500-RM3,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM3,500-RM4,500
3. Malaysia Golden (MG)
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM1,800-RM2,000
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM2,500-RM3,500
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM4,500-RM6,000
4. MG Cross Back
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM2,000-RM3,000
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM4,000-RM6,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM6,000-RM10,000
5. MG Full Gold atau 24K Gold
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM3,500-RM4,500
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM5,500-RM8,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM10,000 ke RM15,000
6. MG Golden Head
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM4,000-RM4,500 (sekurang-kurangnya 50% gold helmet)
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM8,000-RM10,000 (gold helmet 80% ke atas)
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM15,000 ke atas (full gold helmet)
Kenapa pelihara arowana?
Sebab ia mempunyai nilai komersil dan kenaikan harga adalah sangat tinggi bagi setiap inci saiz dibesarkan terutamanya bagi baka yang berkualiti dan bernilai tinggi. Jadi ia bukan sekadar hobi, bahkan memberi pulangan yang tinggi.
Bagaimana arowana boleh mendapat peningkatan harga yang tinggi?
Permintaan dunia terhadap species arowana terutamanya baka golden sangatlah tinggi, terutamanya dari negara seperti China. Malaysia merupakan pengeluar arowana baka golden terbesar dunia, dan sebahagian besar dari pengeluaran anak-anak arowana baka ini diekspot ke luar negara. Hanya sebahagian kecil sahaja dari anak-anak yang dikeluarkan oleh kolam-kolam pembiakan arowana di negara ini yang dijual untuk pasaran tempatan.
Pembeli-pembeli tempatan adalah terdiri dari penggemar-penggemar (hobbyist) dan "growers". "Growers" adalah mereka yang mengusahakan aktiviti membesarkan anak-anak arowana secara serius untuk dijadikan induk. Setelah matang, induk arowana ini dijual pula kepada pengusaha-pengusaha kolam pembiakan. Permintaan terhadap induk arowana yang matang adalah sangat tinggi kerana industri pembiakan arowana kini sedang berkembang pesat di negara kita. Pengusaha-pengusaha kolam giat mengembangkan perniagaan mereka kerana terdapat permintaan ekspot yang tinggi bagi anak-anak arowana yang dikeluarkan.
Banyak kolam-kolam baru dibuka dan orang ramai pula tidak teragak-agak melaburkan wang mereka di dalam industri ini untuk mendapatkan pulangan. Pembukaan kolam-kolam baru menyebabkan bertambahnya permintaan terhadap induk arowana matang dan ini secara langsung menjana perkembangan industri membesarkan anak-anak arowana oleh para "growers". Industri arowana kini sudah menjadi suatu kitaran perniagaan yang lengkap dan inilah yang menyebabkan industri ini berkembang pesat di negara kita.
Mengenali Bahagian-bahagian Utama Ikan Arowana
Sila klik pada gambar di atas untuk melihat dengan resolusi tinggi
Jenis-jenis Baka Arowana Yang Paling Popular Di Malaysia
A. "Golden Series"
Malaysia Golden adalah baka arowana yang dikatakan berasal dari Semenanjung Malaysia dan pada suatu ketika dulu banyak terdapat secara liar di Sungai Kerian dan Tasik Bukit Merah. Bagaimana pun baka asal yang hidup secara liar sudah hampir pupus kerana ditangkap oleh penggemar-penggemar arowana, sebahagiannya dijual kepada penggemar-penggemar luar negara manakala sebahagian lagi masih terdapat di kolam-kolam peliharaan arowana seperti di sekitar Tasik Bukit Merah.
Arowana dari baka golden yang boleh didapati hari ini kebanyakannya bukannya merupakan baka Malaysia Golden (MG) tulen, sebaliknya telah dikacuk. Ia boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Golden Head
Arowana Golden Head sebenarnya bukanlah baka Malaysia Golden atau MG tulen. Malah ia adalah baka yang terhasil dari teknologi kacukan (hibrid) di antara baka MG dan baka arowana merah (red arowana). Begitu pun, arowana golden head ini adalah digolongkan dalam famili Golden series. Terdapat "gold ring" atau jalur berwarna emas yang berbentuk seperti cincin melitupi lingkaran luar sisik, yang merupakan kriteria utama MG. Pada arowana golden head, gold ring ini meliputi semua barisan sisik termasuk sisik di paras 6. Walau bagaimanapun, warna emas "gold ring" ini kurang pekat berbanding dengan MG (iaitu less intense). Di samping itu terdapat tompokan emas pada bahagian atas kepala (forehead) juga. Apabila cukup dewasa dan bila dibela di dalam akuarium dengan latarbelakang gelap, warna emasnya kelihatan pekat. Seperti juga MG, salah satu ciri Golden Head adalah kehadiran "chu" yang halus dan tersusun kemas di bawah sirip dorsal fin.
"Chu" atau juga dipanggil "pearlis" adalah merupakan sisik-sisik halus berwarna keemasan yang terdapat pada badan ikan di bahagian bawah sirip atas (dorsal fin). Kehadiran "Chu" adalah merupakan kriteria penting untuk mengkelaskan arowana dan membezakan MG dengan lain-lain baka seperti Golden High Back. Untuk melayakkan sesekor arowana dari baka gold dipanggil MG, ia mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebaris penuh "chu". Sekiranya ia hanya mempunyai beberapa keping 'chu' kasar, arowana ini hanya layak dipanggil Super Highback.
'Chu' atau sisik halus keemasan di bawah 'dorsal fin' pada arowana Malaysia Gold (MG). Kelihatan chu yang halus dan tersusun rapi pada arowana ini |
Chu pada arowana MG 24K |
![]() |
Anak GH ini mempunyai kira-kira 50% gold helmet dan kualitinya dikira baik. |
![]() |
Arowana GH ini berkualiti tinggi di mana hampir keseluruhan bahagian kepala dilitupi emas (full helmet) Warna sisik kebiruan menunjukkan ia dari jenis 'bluebase' |
Proses kacukan peringkat 1 antara MG dan Blood Red menghasilkan arowana 'Tong Yan'. Proses kacukan antara 'Tong Yan' dan MG yang berulangkali akhirnya menghasilkan baka Golden Head.
2. Cross Back
Baka kedua termahal dalam species arowana Malaysia adalah MG Crossback. Rupanya kelihatan seperti Golden Head dengan kehadiran chu yang halus dan tersusun rapi, tetapi kepala tidak mempunyai tompokan emas. Selain itu, satu lagi perbezaan antara Golden Head dan Crossback adalah warna emas "gold ring" pada Crossback adalah lebih pekat (very intense).
![]() |
Arowana GH ini juga merupakan crossback yang berkualiti kerana sisik emas di baris ke-6 iaitu di atas belakang bercantum dan sisik emasnya pula tipis (tajam) |
![]() |
Pandangan lebih dekat menunjukkan sisik emas yang tipis bercantum di baris ke-6 (atas belakang) |
![]() |
Arowana di atas pula merupakan seekor MG Crossback yang berkualiti rendah kerana sisik emas yang tebal (tidak tajam) |
Kelihatan
hujung sisik pada semua barisan disaluti "ring" emas termasuk pada
sisik barisan ke 6 (barisan sisik atas belakang). Oleh kerana warna emas
sudah "cross" sampai ke barisan sisik atas belakang, ia dipanggil
CrossBack.
MG Crossback 24K |
Warna emas yang sangat terang dan menyerlah pada MG 24K |
Chu yang halus dan tersusun rapi pada MG 24K ini |
Untuk menyerlahkan warna emas 24K, biasanya MG 24K diletakkan dalam akuarium berlatarbelakang putih |
"Chu" yang halus tetapi susunan agak kurang rapi pada bahagian arowana ini MG ini.
3. Malaysia Golden (MG)
Perbezaan antara MG biasa dan MG Cross Back adalah terlalu kecil, iaitu bagi MG warna emas tidak meliputi keseluruhan "ring" pada sisik baris ke-6 (barisan sisik atas belakang). Bila dilihat dari atas, kelihatan jalur berwarna hitam di sepanjang sisik atas belakang. Chu juga terdapat pada MG, seperti yang terdapat pada Cross Back dan Golden Head, malah chu merupakan kriteria utama bagi MG. Baka MG yang berkualiti tinggi mempunyai chu yang halus dan tersusun rapi, samaada 2 atau 3 baris.
Kriteria utama baka MG dapat diringkaskan seperti berikut:
i. Warna emas yang pekat pada gold ring
ii. Gold ring meliputi sisik di paras 5.5
(iaitu sehingga sebahagian dari sisik pada paras 6) apabila matang
iii. Chu yang halus pada bahagian badan di bawah sirip dorsal
iv. Chu yang halus juga terdapat pada pada bahagian bawah badan, di atas sirip "anal"
4. Golden High Back
Golden High Back adalah merupakan baka kacukan (hibrid) di antara pejantan MG dan induk Red Tail Golden (RTG) dari Indonesia. "Ring" berwarna emas terdapat pada pada sisik sehingga ke barisan ke 4 dan ke 5. Walau bagaimanapun, warna emas pada "ring"nya tidak begitu pekat, sebaliknya kelihatan ke arah warna perak. Baka ini kadang-kadang dipanggil High Back RTG (HBRTG).
Walau bagaimanapun, ada juga baka golden highback yang dihasilkan melalui proses kacukan antara MG dan baka-baka lain seperti banjar red. Proses kacukan ini selalunya melalui beberapa peringkat sebelum terhasilnya baka yang berkriteria seperti highback iaitu mempunyai "gold ring" iaitu jalur emas pada lilitan luar sisik.
Golden High Back -
"ring" emas cuma kelihatan sehingga ke sisik barisan ke 4 1/2 atau 5.
Pandangan dari atas, tiada warna keemasan pada sisik atas belakang.
5. Golden Super High Back
Dihasilkan dari kacukan MG dan Golden Highback. Kualiti baka ini akan bertambah baik sekiranya proses kacukan dilakukan berulangkali, iaitu anak Super HB dikacuk lagi dengan MG, dan begitulah seterusnya. Sekiranya proses kacukan ini diulang berkali-kali, anak Super HB yang terhasil berupaya mempunyai kriteria dan kualiti seperti mana MG, bahkan tak dapat dibezakan dari MG.
Panduan Kasar harga Pasaran: (kemaskini 28 Jun 2011)
Berikut adalah senarai harga arowana golden bagi pembelian pukal :
(Nota: harga di bawah hanyalah panduan kasar semata-mata, harga pasaran sebenar adalah bergantung kepada kualiti (gred) ikan dan berubah mengikut "bekalan dan permintaan" semasa)
1. Golden High Back
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM600-RM800
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM1,200-RM1,500
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM2,000-RM3,000
2. Golden Super High Back
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM1,200-RM1,500
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM2,500-RM3,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM3,500-RM4,500
3. Malaysia Golden (MG)
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM1,800-RM2,000
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM2,500-RM3,500
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM4,500-RM6,000
4. MG Cross Back
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM2,000-RM3,000
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM4,000-RM6,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM6,000-RM10,000
5. MG Full Gold atau 24K Gold
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM3,500-RM4,500
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM5,500-RM8,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM10,000 ke RM15,000
6. MG Golden Head
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM4,000-RM4,500 (sekurang-kurangnya 50% gold helmet)
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM8,000-RM10,000 (gold helmet 80% ke atas)
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM15,000 ke atas (full gold helmet)
woww.. x sampai setahun harga dah jatuh gila2 ni.. hehe..
BalasPadamtatanium gr 5.1-6 - Titanium Goods
BalasPadamTitanium welding titanium Goods is a great way to add heat to titanium engagement rings your recipes with a little titanium bikes more or less of it. The thicker plumper of chi titanium flat irons metal lends it is titanium lighter than aluminum a nice
v766d0envqu135 vibrators,sex chair,prostate massagers,anal toys,Clitoral Vibrators,cheap sex toys,dildos,dog dildo,dog dildo e087b1faqmh317
BalasPadam